Wednesday, April 11, 2012

Meniti titian...

Aku dapat dari salah satu blog, tentang 'ana al-haq'...

MUNGKIN ada di antara kita yang masih tertanya-tanya : "Kalau begitu mengapa pula Al-Hallaj telah dijatuhkan hukuman mati???

Barangsiapa mengenal sejarah Islam, pasti mengenal kata-kata "Ana Al-Haq". Kata-kata ini sendiri, sebenarnya sudah menggoda keawaman, apalagi kesolehan seorang Muslim.

Terlebih lagi ketika ia terkait pada riwayat dan kisah-kisah Mansur Al-Hallaj seorang Sufi besar.

Pada abad ke-14 ahli Sufi terkenal Al-Hallaj, iaitu Abu al-Mughith al-Husain ibn Mansur al-Hallaj, lahir pada 858 Masihi di Tur, Iran dan meninggal dunia (mati dipancung) di tiang gantungan pada 26 Mac 922 di Baghdad, di tepi sungai Euphrat, tempat mengalir bukan hanya sebahagian peradaban Islam, tetapi juga sebahagian peradaban dunia kita ini. Dibunuh kerana dituduh murtad dan kafir.

Dia pada mulanya mendapat pengiktirafan daripada Ulama' sezamannya. Ini kerana beliau seorang pengibadat yang sangat handal. Beliau seorang yang kuat sembahyang (solat) dan sentiasa berpuasa setiap masa.

Tetapi apabila beliau mendakwa bahawa dirinya adalah hak, beliau dipandang serong dan kafir oleh beberapa ramai Ulama'.

Beliau berkata : "Saya adalah Haq", di mana di dalam bahasa Arab disebut "Ana Al-Haq" atau disebut dalam bahasa Inggeris "I am the truth". Ungkapan itu ditafsirkan bahawa beliau menganggap zat Allah berada dalam diri.

Dengan berfalsafah sebegitu rupa, Al-Hallaj dipenjara dan disebat. Beliau kemudian disalib selepas dipotong tangan dan kakinya. Malah mayat beliau dibakar dan abunya dihanyutkan ke sungai Dajlah. Sedang kepalanya dibawa ke Khurasan untuk selanjutnya dipersaksikan oleh ummat, Islam dan sejarahnya.

Begitulah kekuasaan, masa itu, dinasti Abbasiah memuas dirinya dengan kematian Mansur Al-Hallaj.

Seorang lagi Sufi besar iaitu Syeikh Al-Syibli berkata bahawa meskipun beliau sendiri dan Abu al-Mughith al-Husain mengeluarkan kata-kata yang sama (Ana Al-Haq), tetapi beliau dibiarkan begitu sahaja kerana orang menyangkanya gila, tetapi Abu al-Mughith al-Husain disalib kerana orang menganggap dia bukan gila dan bijak pula.

Mansur Al-Hallaj, menerima pendidikan dan asuhan pertamanya daripada 'Alim Sahal Ibn 'Abdullah seorang Sufi besar yang terkenal.

Sesudah menguasai berbagai cabang pengajaran, yang religius dan intelektual, ia mengembalikan perhatiannya kepada Sufisme. Di sinilah ia menerima pengolahan rohaniah Syeikh Abul Hussain Al-Nuri, Syeikh Junaid Al-Baghdadi dan Syeikh Umar Ibn Uthman.

Dan adalah dari gurunya yang terakhir, Al-Hallaj yang tersohor itu menerima suatu alamat yang semakin berkembang sedemikian kuat dalam dirinya, sehingga ia mulai dengan gelap mata mengucapkan hal-hal yang memperkosa perintah-perintah syariat. Gurunya telah beberapa kali melarang Al-Hallaj mengucap ucapan-ucapan yang bertentangan dengan syariat itu, tetapi sia-sia; sehingga Al-Hallaj akhirnya diperintahkan meninggalkan perguruannya itu.

Begitulah Al-Hallaj meninggalkan Basra dan kembali ke Baghdad, masuk kembali ke perguruan (khanqah) Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Tetapi juga di sini Al-Hallaj mulai lagi mengucapkan ucapan-ucapannya yang mengungkapkan rahsia Ketuhanan walaupun ia telah dilarang gurunya.

Pada suatu hari Syeikh Junaid berkata,

"Hei, Mansur, tidak lama lagi, suatu titik dari sebilah papan akan diwarnai oleh darahmu!"

"Benar", kata Al-Hallaj, "Tetapi dalam hal yang demikian, engkau juga akan melemparkan pakaian Kesufianmu dan mengenakan pakaian Maulwi - Ana Al-Haq". Kedua ramalan itu secara harafiah menjadi kenyataan.

Pada suatu hari Al-Hallaj benar-benar dirangsang oleh api cinta Ilahiahnya dan ia kembali meneriakkan "Ana Al-Haq". Dan begitulah ia terus, sering tanpa henti. Gurunya, Syeikh Junaid dan teman-temannya seperti Syeikh Al-Syibli dan lain-lainnya menasihati Al-Hallaj agar menahan hati, namun tetap tidak mempan. Al-Hallaj terus saja dengan seruan-seruannya "Ana Al-Haq" pada waktu-waktu istirehat. Lalu bangkitlah kaum Ulama' syariat melawan Al-Hallaj dengan mendapat dukungan dari Hamid Ibn Abbas, Perdana Menteri (PM) wilayah Baghdad dan akhirnya malah mengeluarkan "Fatwa Kufur", menyatakan bahawa Al-Hallaj secara hukum dapat dihukum mati.

Ketika keadaan yang sebenarnya itu akhirnya diajukan untuk mendapat persetujuan Khalifah Muqtadir-Billah, beliau menolak memberikan persetujuannya. Kecuali, kalau Fatwa itu ditandatangani oleh Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Fatwa itu kemudiannya enam kali dikirim kepada Syeikh Junaid, tetapi kembali tanpa tandatangannya. Khalifah, untuk ke tujuh kalinya mengirimkan Fatwa itu disertai permintaan khusus agar ia menjawab "ya" atau "tidak". Menghadapi hal itu, guru yang besar itu membuang pakaian Kesufiannya, dan mengenakan jubah ke-Ulama'-annya ia menulis pada surat jawabannya :

"Menurut hukum syariat, Al-Hallaj dapat dijatuhi hukuman mati; tetapi menurut ajaran-ajaran rahsia kebenaran, Tuhan adalah maha tahu!".

[Irshadat : Syeikh Muhammad Ibrahim, Iran - Mempunyai nama jolokan, "Gazur-i-Ilahi" (the washerman of God - tukang cuci Tuhan)]

Diceritakan bahawa Al-Hallaj sebelum disalib, beliau bersembahyang (solat) dan berdoa dengan berkata :

"Mereka adalah hamba yang berhimpun, sangat dahaga untuk membunuh ku kerana agama Kau, dan untuk mendapatkan keredaan Kau, maka ampunkan mereka wahai Tuhan ku, dan memberi rahmat kepada mereka, kerana jika Kau membuka kepada mereka seperti Kau membuka kepada ku, mereka tidak akan melakukan seperti yang mereka sedang lakukan sekarang, dan jika Kau tutup pada ku seperti Kau tutup pada mereka, aku tidak akan menghadapi malapetaka ini, baiklah apa yang Kau lakukan dan baiklah apa yang Kau mahukan."

Begitulah berakhirnya hidup Al-Hallaj dan beberapa Ulama' dan ahli Sufi lain yang hidup dalam abad ke-8 sehingga ke abad ke-14.

Tentang kes Al-Hallaj ini bukanlah menjadi rahsia lagi. Kisahnya telah diketahui umum. Ia mempunyai kekuatan dan daya tarikan yang menjadi tumpuan orang ramai di mana-mana ia berada. Seperti ahli-ahli Sufi yang lain beliau mengasihi keluarga Rasulullah SAW. Pada ketika itu keluarga Rasulullah SAW, bercita-cita untuk mengambil semula kuasa pemerintahan. Golongan Bani Abbas sudah pasti tidak merasa senang terhadap setiap tokoh seperti yang ada pada Al-Hallaj yang memberi sokongan dan simpati sepenuhnya kepada keluarga Rasulullah SAW. Oleh kerana di'ayah beliau begitu kuat tersebar luas, maka demi untuk menjaga "keamanan atau keselamatan negara" seperti yang selalunya dijadikan alasan oleh setiap yang tamakkan kuasa pastilah diambil tindakan segera.

Ramai Ulama' dituduh murtad apabila tidak sehaluan!

Kes Al-Hallaj yang menerima hukuman bunuh bukan sekali-kali bersebabkan kerana isu agama tetapi semata-mata kerana politik. Memang menjadi perkara yang amat mudah bagi pihak yang berkuasa secara kuku besi untuk memutarbelitkan kenyataan dan kedudukan kes yang sebenar, membawakannya ke muka pengadilan, serta membuktikannya dengan sebilangan besar para saksi dusta, bahkan boleh mempengaruhi dengan wang dan kedudukan untuk mencapai kehendak nafsunya. Demikianlah kes Al-Hallaj. Tidak ada kaitan pun dengan masalah agama, walaupun telah cuba dikatkannya. Semua kata-kata dan pendapatnya tidak ada dalam buku-buku atau kitab-kitab hasil dari tulisan tangan dan catitan penanya, dan setengah daripada kitabnya yang masih ada tidak menyokong dakwaan musuh-musuhnya.

Menurut neraca logik yang benar seorang jurubina tidak layak untuk memberi fatwa dalam bidang kajian perubatan atau ketabiban. Demikian juga seorang sasterawan dengan kesasterawannya tidak layak untuk memberikan fatwa dalam bidang senibina. Maka adilnya, tidaklah begitu mudah untuk membuat putusan hukum ke atas orang-orang seperti Ibnul 'Arabi, Al-Hallaj, Ibnu al-Farid, Hamzah Fansuri, Syeikh Sitijenar, kalau orang-orang itu bukan dari ahli yang setaraf dengan mereka.

Pernah dikatakan kepada seorang dari para guru yang soleh lagi dihormati bahawa : Si polan telah mengkritik Ibnul 'Arabi dalam sebuah majalah. Beliau mengatakan apakah layak seekor lipas untuk menilai amalan seekor singa? Memang ia tidak layak untuk menilai bahkan untuk memperkatakannya, kerana logik yang menjadi ukurannya adalah logik lipas.

Imam Al-Sya'rani sendiri menegaskan tentang kedudukan orang-orang yang memusihi Ibnul 'Arabi bahawa penilaian dan hukuman mereka adalah penilaian dan hukuman nyamuk yang cuba menghembus gunung dengan tujuan untuk meruntuhkannya. Yang lenyap dibawa angin ialah si nyamuk walau bagaimana banyaknya, si nyamuk itu sedangkan gunung akan tetap kukuh di tempatnya yang menjadi pengimbang putaran dunia ini.

Pendapat yang benar dan penuh insaf ialah pendapat Imam Al-Sya'rani tentang kedudukan ahli Sufi umumnya dan Ibnul 'Arabi khususnya :

"Demi umurku! Penyembah-penyembah berhala tidak berani untuk menjadikan Tuhan-Tuhan berhalanya itulah sebagai Zat Allah, sebaliknya mereka hanya mengatakan : "Kami tidak menyembahnya hanyalah semata-mata untuk menjadi perantaraan yang boleh memperdekatkan kami kepada Allah." Betapa pula Tasauf ialah akhlak. Sesiapa yang semakin bertambah akhlak bererti semakin bertambah kejernihan hatinya. Semoga Allah meredhoi mereka sekalian."

Biarlah kita sampai atau hampir sampai dahulu ke tarafnya, maka baharulah kita memberikan hukum. Maka hukuman kita itu nanti tidak akan berbeza dari hukuman para " Ulama'" salaf.

Di bawah ini saya sertakan petikan ucapan-ucapan Al-Hallaj yang melampaui (unnatural) daripada pemikiran manusia biasa.

Mansur al-Hallaj : Sayings "ana'l-Haqq - I am the Truth." (this is the saying which apparently earned al-Hallaj his martyrdom - al Haqq also means God)

Which means : "Ana Al-Haqq - Aku adalah Kebenaran." (ini adalah pengucapan yang menyebabkan al-Hallaj dihukum bunuh - al Haqq juga bermaksud Tuhan)

* "You know and are not known; You see and are not seen." Which means : "Kau tahu dan Kau tidak diketahui; Kau lihat dan Kau tidak dilihat."

* "Your spirit mixed with my Spirit little, by turns, through reunions and abandons. And now I am Yourself, Your existence is my own, and it is also my will."

Which means : "Semangat Engkau bercampur dengan semangat ku sedikit demi sedikit oleh pusingan (peredaran), melalui penyatuan semula dan perpisahan (tanpa rasa takut) dan kini aku adalah diri Mu, kebenaran Mu adalah aku sendiri dan ianya juga adalah kehendak ku (keupayaan).

* "I find it strange that the divine whole can be borne by my little human part, Yet due to my little part's burden, the earth cannot sustain me."

Which means : "Aku mendapati suatu keganjilan yang seluruh kecintaan, boleh dilahirkan oleh tubuh ku yang kecil, sehinggakan disebabkan oleh bebanan yang kecil, bumi tidak dapat menanggung ku."

* "I have seen my Lord with the eye of my heart, and I said : "Who are You?" He said : "You.""

Which means : "Aku telah melihat Tuhan ku dengan mata hati, dan aku berkata : "Siapa Kau?" Dia berkata : "Engkau.""

* "I do not cease swimming in the seas of love, rising with the wave, then descending; now the wave sustains me, and then I sink beneath it; love bears me away where there is no longer any shore."

Which means : "Aku tidak berhenti berenang dalam lautan cinta, timbul bersama gelombang, kemudian turun ke bawah (go down). Kini gelombang menetapkan (support/maintain) aku, dan kemudian aku tenggelam dibawahnya. Cinta membawa aku pergi di mana tidak ada lagi pantai."
Kata-kata yang cukup simbolik dan "mencarik adat", serta di luar daripada pemikiran waras manusia biasa. Dengan penzahiran kata-kata sebegini jugalah beliau dituduh murtad dan kafir bagi mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan fahaman dan aliran Sufismanya yang penuh dengan mistik tradisional.

Bagi saya ucapan-ucapan beliau ini "is not tangible", iaitu sesuatu yang tidak dapat dirasai oleh sentuhan. Tetapi ianya bukanlah khayalan dan terbukti kebenaran!

Saya juga tertarik dengan ulasan Syeikh Fariduddin 'Attar seorang ahli Sufi dari Iran, pengarang kitab Tazkiratul-Auliya', berkenaan dengan Al-Hallaj katanya :

"Alangkah sedihnya seorang Sufi yang agung ini (Al-Hallaj) tidak difahami oleh orang-orang sezamannya. Anda boleh hormati pokok jika ia berkata "Ana Al-Haq" (Akulah Yang Benar), tetapi kenapa seorang manusia yang menucapkan kata-kata itu disalib pula. Anda patutlah tahu bahawa perkataan seperti itu adalah diucapkan oleh orang-orang Sufi yang agung yang dalam keadaan "dzauk" (mabuk) Allah atau fana' diri, dan mereka berucap seperti itu melalui Allah. Atau dengan lain perkataan, Allah yang bercakap melalui lidah-lidah mereka. Diri mereka itu telah "mati"."

AKHIR sekali, kita boleh bertanya sekarang. Ada apa makna Mansur Al-Hallaj dengan "Ana Al-Haq" itu sampai naik ke tiang gantungan? Kekuatan apa gerangan yang telah menggebu Mansur Al-Hallaj? Kepentingan apa pula yang telah bermain sehingga pemerintah akhirnya membawa seorang Sufi sebesar itu ke tiang gantungan dan membakar mayatnya supaya ia pupus?

Jawapan terhadap pertanyaan tersebut, pertama-tama mungkin lebih bersifat sejarah, ketimbang yang lainnya. Tetapi tidakkah sejarah itu juga lautan Iman, ilmu dan hari depan?

Dapatkah Tuhan difahami tanpa sejarah?

Dapatkah Al-Quran, ilmu dan amalan berada di luar sejarah?

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Thursday, April 5, 2012

Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna

  Terjumpa satu blog nih...AkuIslam... tertarik dgn tajuk artikel ni...

Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna


Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, Itu bukan pilihan
itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.
Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada satu petikan dari filem yang Mungkin sangat tepat :
“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita
bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.
Dan  sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap berpulang padamu

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)


Gravatar Image
»

Hidup seorang pemegang diploma cap ayam....

hari ni macam biasa aku sebok lah, masuk workshop... dengan harapan dapatlah info sedikit sebanyak... mengenai project camelot ni...
Aku orang baru jadi nak belajaq banyak benda sangat... hari hari sakit kepala dan letih...
Aku kurangkan stress ni dengan cara exercise... aku jalan kaki dari TM ke bangsar permai condo tempat aku park kereta kancil kesayangan aku tu...
peluhnya memang bagi aku kurang stress...syukur lah... dapat aku save duit utk LRT aku...
tapi hari ni aku sedih sebab terasa lah diri ni kecil sangat berbanding orang orang muda di sini..
aku antara 5 org staff baru, dan aku seorang je diploma...cap ayam rasanya..
dan aku yang paling tua bangka nak mampoih tapi tahap diploma lagi...
kecik sungguh diri aku ni, itu lah... ini la dugaan aku kerja di sini.. seronok satu benda... Allah tarik satu benda bagi sedih..
kat sini aku berkawan baik dgn semua orang.. ada 2 lelaki dan 2 perempuan...
perempuan tu line clear je, yang lelaki tu adalah sorang... yang kerja dia hari hari cakap dia bagus... hari hari dok tunjuk dia bagus... hari hari dok cakap dia nak tonjolkan diri supaya dia dapat masuk permanent...
tiba tiba satu hari tu, dia dpt interview TM permanent... dia punya best... dari cara tingkah laku dia tu, dia tak include aku dalam kegembiraan dia... dia sudah sombong dgn aku...
sedangkan selama ni aku lah tempat dia bercerita ttg keghairahan dia nak jadi permanent TM...
bila dia dapat je interview tu... satu macam punya X dok mai...
tapa la... aku pun harap dia dapat permanent tu dan jauh dari pandangan aku sebab aku dah tak larat nak layan orang yg bersikap macam dia ni...
dan hari ni... kesemua budak budak leasing tu dapat call interview sekali pulak...esok 1030am...
mana aku nak taruk muka aku ni esok pagi bila depa p sama sama sedangkan aku sorang ja tinggai kat situ...
"Oooo Allah... Aku terkedu... aku terasa sedih... Kau berilah aku kekuatan... hindarkan aku dari perasaan sedih ini..."

Tuesday, April 3, 2012

Aku...penakut!

Semakin lama aku rasa semakin runsing... runsing macam macam... risau tok sah cakap lah... semak serabut segala se...
Sedih pun tak yah bgtau lah... asal smyg je sedih, asal tgk muka mak pak ja sedih... kadang2 bila fon dengaq sora pak dan mak pun sebak ja... tapi tahan... tanak depa tau... sedih sebab tak dapat balik, sebab tak cukup duit, sebab tak cukup masa, sebab jauh, sebab sebab sebab sebab...........
aku runsing aku risau aku sedih sebab aku banyak buat dosa dgn mak dan pak dan family... sedih takut aku kena menghadapi kematian orang tua aku...adik beradik aku, orang terdekat dgn aku...
semakin aku smyg dan berdoa, semakin takut aku dengan saat saat tu... terasa semakin dekat, semakin tak cukup masa... satu satu muka aku ingat sebelum tidoq aku, dan satu persatu titik ayaq jatuh kat pipi... macam tu lah setiap malam sebelum tidoq... walaupun tidoq aku sentiasa slps Isyak, sepatutnya tenang dari segala masalah... tapi dak... aku semakin banyak pikiaq benda benda yang belum jadi...
selari dengan kecelaruan pikiran ni...badan aku jadi letih jadi lesu... lately ni mmg aku terasa terlalu letih... aku jadi tak bermaya... aku jadi macam bodoh bodoh... macam kanak2 down sindrom tu, ralit ja bila tgk satu satu benda... aku jadi ralit sangat sangat, melayang tak tentu arah pikiran aku ni...
aku sentiasa selawat kepada nabi dan keluarganya, aku sentiasa berdoa kepada mak pak dan family dan org terdekat, sebab apa aku kena rasa macam ni?
bukan ka sepatutnya aku lebih tenang??? sebab aku terasa macam nak mati dulu dari orang lain...
makin kita smyg, makin kita akan diuji...ye ke? takutnya aku, aku takut dgn dugaan dan cabaran hidup... aku takut kalau aku terpaksa menghadapi saat kematian orang orang yang aku sayang...  aku takut dgn Allah...kalau aku lalai dgn hawa nafsu, nanti DIA akan turun musibah dan masalah besaq kat aku... aku tak mau...aku x mau lagi duduk dlm masalah... tapi ini le HIDUP di DUNIA ni...kan??? sentiasa akan ada masalah... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
aku rasa ni semua syaitan dok berbisik kat aku, KALAU HANG SMYG, HANG AKAN DAPAT DUGAAN YANG BESAQ.. DUGAAN MACAM MACAM, JADI STOP SMYG... JADI MACAM DULU, TAK ADA APA PUN YG JADI...
ya lah...hmmmmmmmmmmmmmmm
hanyut lah aku macam dulu kalau aku tak kuat... adakah ini ujian untuk aku??
yang nyata, AKU AKAN TERUS SOLAT, AKAN TERUS BERDOA, AKAN TERUS TAKUT DGN MUSIBAH DAN MALAPETAKA JIKA AKU TAK SOLAT TAK DOA...
aku takkan sesekali berhenti solat...InsyaAllah... aku akan jaga solat aku 5 x sehari... dan aku akan terus berdoa dan kasihi keluarga Muhammad s.a.w. dan keluarga aku...yang tercinta...
semoga Allah ta'ala akan kuatkan hati dan jiwa aku ni..
Terkedu dengaq lagu ungu kat bawah ni...
entah la...
aku ni sakit jiwa ka???
Ya Allah...tolong la diri aku ni...

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Thursday, March 29, 2012

Cuba baca...blog ni...bagusss

Ana al-haq blogs...memang mengcengkam jiwa baca ni...
http://ana-al-haq.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2010-01-01T00:00:00-08:00&max-results=9
cuba la try test ujikaji...dan pikir

Aku takut...

Semalam dengaq berita pasai rang kena simbah asid kat rawang. Seriau betui la dok dengaq tu..
Itu le pasai aku smyg, mintak Allah jauhi dari segala malapetaka, musibah, kemalangan, keaiban, keburukan dan kejahatan dunia dan juga akhirat.. Semoga semua orang tersayang pun selamat dunia akhirat.
Aku mmg takut kalau baca paper, macam macam...dari kes ragut sampai la ke kes simbah asid, kes buang baby, kes kemalangan, kes mengamuk tetak tetak semua...Takut lah...
Dah la lani dok jalan kat bangsar LRT tu sampai ke tempat aku parking dalam 400 meter gak lah... dok galas beg laptop lagi, mana tau...ishhh mintak simpang lah jadi semua tu kat aku dan adik aku... dan naimah jugak..
dan sedara mara yang lain...berhati hati lah...
Apa nak jadi dgn dunia la ni pun taktau lah, lagi maju lagi sakan lagi pelik benda dok jadi...
Bila aku tutup mata esok esok ni, macam mana lah dunia anak anak menakan aku pulak...
Kita hanya mampu berhati hati dan alert dengan keadaan sekelililng kita, jangan lalai...
jangan kurang ajar dengan orang lain... tak kisah la dia macam mana pun... manusia tetap manusia... semua sama... nak dilayan elok... sama suka kalu orang cakap kurang ajar dengan kita... kita kena treat orang sama saja, kalu ada yg kurang ajar tu, kena buat tak tau saja... jangan melawan... biaq Allah saja membalasnya...
takut takut orang tu berdendam dgn kita... susah dibuatnya, kan?
Takut sungguh la bila dok pikiaq pasai ni semua...
Kita kena banyak berdoa kat Allah, mintak dijauhkan semua semua keburukan dan kejahatan dari diri kita dan family kita... InsyaAllah...

Tuesday, March 27, 2012

Aqil's Birthday...today

Hari ni birthday my 'bijaksana' nephew!! hehehe... 4-yr old dah dia... as his ibu said...cepat je masa berlalu dah 4 tahun anak ni... Dia punya bijak berkata kata, mengalahkan orang orang tua hahaha... dia tahu je gunakan ayat 'PEMATI' untuk orang sekeliling...
I really love him with all my life... I want to guide him to the 'lurus' path (InsyaAllah)... I want to provide him everything... nak sekolah kan dia elok elok... nak dia belajaq kat tempat bagus bagus... nak ringankan beban ibubapa dia jugak... everyday, mencongak congak duit... how to save for my parent, save for my little sister... his parent lah ni...
Aku ingat lagi, semasa Aqil ni lahir... balik kg tngok dia... rasa happy dan amaze... he is so cute...hehe tapi dia selalu sedak sedak susu lah ayaq liuq lah... rasa susah hati sangat...sampai malam malam aku tak buleh tidoq till 3,4 am... thinking of him... OK ka dia... jaga ka ibu dia bila dia tersedak tu di tengah tengah malam...
sampai 'stress' je aku ni setiap hari... Doa ja lah hari hari untuk dia...
Mungkin aku ni 'sakit jiwa'...sebab terlalu pikiaq...

Anyway, for Aqil... Angah harap Aqil berjaya dunia dan akhirat...
Doa angah sentiasa ada untuk anak anak sedara angah semua... kasih sayang tak berbelah bagi... Angah sanggup berkorban segalanya untuk kalian semua...
Untuk ibu dan ayah Aqil...remember aarr... bersabar lah dengan dia... he will repay all your love, believe me!!!
Apa apa pun....berdoa lah selalu...

love..Angah

Monday, March 26, 2012

Belajar...

Baru baru ni adalah ushar youtube pasal ustaz Don, memang menarik jugak tetapi tak adalah dapat menarik minat aku macam aku suka dengaq Akhil hayy... Akhil ni walaupun banyak kontroversi, tapi dia lebih memahami jiwa orang muda. gaya santainya buat orang muda remaja tak segan dekat dengan orang 'alim' macam dia tu... pendapat aku lah... lain orang lain persepsinya...
Apa apa pun, aku lebih suka 'pak tuan' aku... the best! even though tersembunyi...
Anyway, bukan nak cer pasai ustaz ustaz tu semua... nak cerita pasai ustaz Don cakap mengenai anak anak sekarang...
antara persoalannya... adakah di antara kita anak anak zaman sekarang ni tahu mengenai cara cara pengurusan jenazah, adakah bersedia memandikan jenazah ibu dan bapa jika satu hari nanti mereka diambil kembali??
jawapan aku...aku tak tahu langsung, pengalaman tengok arwah tok leha dulu sememangnya banyak bagi kesedaran... aku terasa terpanggil untuk belajar dah lama tapi terbenam dengan masa...
bila tengok video ustaz don tu, siap dengan lagu yang syahdu haddad alwi 'doaku'... sedih siot!!! lagilah hati aku membuak buak nak belajaq pasai pengurusan jenazah ni...
aku tanak lah orang len sentuh2 tubuh badan mak bapak aku nanti... aku nak uruskan sendiri... aku harap niat aku ni termakbul lah...
tapi di mana aku nak merealisasikan impian aku ni?? nanti lah, setiap niat murni tu pasti Allah tolong, kan??
Hopefully all my sisters will have this kind of feeling too...
just call my bapak, he said buasir dia macam teruk plak... semalam ke spital lagi, sebab dubur terkeluar... lagi teruk katanya...
itu le, yang dibedah dah baik... satu satu penyakit dok mai kat dia... sian pak... harap bapak bertahan lah... kami anak anak ni hanya mampu berdoa saja pak...

Happy birthday Mak!!!

Hari ni sebok sangat, sebok meeting hehehe... satu hari suntuk... 930-530pm... amik kauuu...
Alhamdulillah, mak cukup 60 tahun hari ni... pagi pagi kul730am dah call mak... Dia gelak je... lepas tu doakan semoga aku murah rejeki lagi... hehe...dengaq sora dia hepi jeee... tapi aku cakap sat ja dengan dia... pasai time tu aku ada kat stesen minyak... kang rentung plak... mana tau... mana bleh cakap fon tengah boh minyak... tak pasai pasai aku jadi AKON chammakh callo hehehe... hitam lah...
Mungkin berkat doa mak, aku tak rasa letih sangat hari ni... segala urusan Alhamdulillah berjalan lancar...
cuma kadang kadang tu tringat kat pak terasa shedih pasai tak bleh balik jenguk dia...tapi dalam tngahari tadi call mak... mak kata dia dah OK, dok sembang pasai agama lagi dgn mak lang...
Semoga Allah panjangkan usia mak dan pak... semoga mak dan pak tenang hati dan jiwa... semoga mak dan pak berbangga dengan kami adik beradik...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mak, pak... tak ada kegembiraan bagi cek kalau mak dan pak sedih,
tak ada manusia semulia mak dan pak,
tak ada pengganti, tak ada tandingan...
Cek bersyukur sebab cek dah sedaq dari kesilapan lalu...
Cek bersyukur Allah bukak jalan untuk melihat 'kemuliaan' mak dan pak...
sungguh besar dosa cek terhadap mak dan pak...
Setiap hari, setiap ketika bila kenangkan mak dan pak...
Ayaq mata ni  keluaq ja macam hujan...
tengah bawak kereta, tengah dok sorang sorang... tangah semayang...
lagi lah laju... menyesal dengan perbuatan cek terhadap mak dan pak...
InsyaAllah... Cek akan jaga hati mak dan pak dan keluarga yang lain...
Tak dapat cek bayangkan kalu mak dan pak dah tak dak...
Setiap hari doa mak dan pak sihat...panjang umur...
Cek akan sentiasa jaga semyang cek sebab cek nak doa untuk mak, pak, adik adik dan kakak serta keluarga semua...
InsyaAllah...Cek akan cuba ringankan beban mak dan pak...
Doa cek sentiasa ada untuk mak, pak, kakak dan adik adik cek...
TERIMA KASIH MAK, TERIMA KASIH PAK...
KASIH SAYANG MAK DAN PAK TERLALU AGUNG....
CEK SAYANG DAN KASIHKAN MAK PAK DAN KELUARGA KITA SANGAT SANGAT...
SELAMAT HARI LAHIR MAK...yg ke 60....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat malam... dah pkul 10, nak tidoq awai...nak bangun awai kul 4am nak tengok Man U vs Fulham..
harap harap menang la malam ni...

Sunday, March 25, 2012

Last punya ikhtiar ni...huhu

Ini ayat untuk melembut hati, jumpa tadi... terasa sedih lah sangat, pasai ada orang tu langsung tanak smyg kat umah.. buat benda len buleh... nak smyg susah sangat2...
kurang kurang dia smyg dia tolong doa utk mak ayah dia dan diri sendiri...
dengaq azan, tutup semua radio dan tv punya suara...hormat la konon...tapi yang nyatanya, smyg tanak...cana tu...
lepas ni aku nak baca kat ayaq, lepas tu nak suruh dia minum...semoga Allah makbulkan doa aku ni...
bukan untuk aku tapi untuk diri dia sendiri dan family dia...
huhu shedih shedih...
 
Doa Pelembut Hati
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah
الفاتحة
Baca Ayat di Bawah:
لَوْ اَنْزَلْنَا هَـذَا اَلْقُرْآنَ.............الخ 
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
 
اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ 
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"


Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 

* di ruangan ……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Saturday, March 24, 2012

Aqil....

Anak menakan yang paling aku sayang.... perangainya mencuit hati aku... smlm aku dapat jumpa dgn dia... Selalu akan sembunyi dulu bila dengaq aku pi rumah dia... hehehe... manja si aqil ni bukan main ... cara dia menarik perhatian memang tersentuh jiwa lara..
cerdiknya dia bukan main main... tapi semalam aku tengok dia jadi sayu hati ni... nampak kurus sikit, mata dia dia nampak macam dia letih saja... sebab baru baik demam... ptg masa aku nak balik tu, dia baru terjaga dari tidoq, menangeh pulak dia... entah apa tak kena, masa dia nangeh tu... terasa sebak plak diri aku ni, bergenang ayaq mata di buatnya...
Aku harap dia membesaq dengan seeloknya, hormat orang tuanya dan orang lain lain... seperti aku dan family yang lain...diharap dia dapat persoalan persoalan mengenai agama dari maasa ke semasa... supaya dia tidak kosong hidup... sperti aku dan sedara yang lain sentiasa bermain di fikiran tentang bagaimana dan kenapa kita dijadikan ke dunia ini? Allah itu apa? bagaimana nak mendapat sebenar benar hidayah...
diharap dunianya dan akhiratnya berjalan seiring apabila besar nanti...Amin..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
untuk ibu aqil, dan juga ayahnya...
istimewa sungguh si anak ini... hanya Allah saja yang mengetahui... sunyinya, cemburunya, keluh kesah dirinya jangan diabaikan... setiap pertanyaan jawablah dengan kasih sayang, lembutlah didalam melayan kerenahnya... tegaslah di dalam mendidiknya... dan berdoalah demi kesejahteraan anak anak kalian...
jangan lalai dan lupa tentang kehendaknya, tunjuklah kelembutan kalian di dalam mendidiknya walaupun dia tidak akan pernah paham dengan tindakan kalian...
Seperti mana kita yang kadang kdang teringat tentang masa kecil kita... begitulah dia... teruskan mendidik dirinya dengan penuh kasih sayang dan kelembutan...
itu lah harta kalian dunia akhirat... sejuta dugaan akan kalian hadapi... kerana kalian adalah insan terpilih, rencana Allah ada sejuta kebaikan... knyah akan sntiasa berdoa untuk kalian adik adik ku...
Sentiasalah berfikiran positif, sentiasa lah ingat... knyah tau, kalian berdua lebih mengetahui tentang anak ini lebih dari orang lain... jadi jaga la perasaan dia, hindarkanlah dari bercakap yang bukan bukan...walaupun dia degil, itu adalah cara dia menarik perhatian kita...
bukan mengajar hanya mengingatkan kalian....
knyah akan sentiasa ada untuk menolong, untuk berdoa...
MELENTUR BULUH HARUSLAH DARI REBUNGNYA... BERSABAR DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH...
smoga kalian akan tersenyum bila dia besar nanti...Aminnn....




ya Allah...jadikan lah anak ini semulia mulia insan, sebaik baik muslim yang taslim, secerdik cerdik manusia di muka bumi ini... agar dia dapat membalas jasa ibu dan bapanya dan orang di sekelilingnya...
lembutkanlah budi pekertinya, dan muliakanlah dirinya semulia mulia insan...Amin ya rabbal'alaminnn...
Aqil...angah sayang sangat kat Aqil... Angah begitu berbangga dapat nephew secerdik aqil, dan angah sentiasa happy tengok telatah Aqil...jadilah manusia yang berguna untuk semua dan jadilah muslim yang taslim sepenuhnya....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar


Sedang melayan bola arsenal vs aston villa, sambil2 tu surf tenet... terjumpa satu link... menarik pasai hitler
memang ada benarnya jugak...
tak mustahil... dunia sekarang ni dijajah yahudi...
Kat bawah ni artikel mengenai si Hitler misai kontot ni...Nice info lah...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Friday, March 23, 2012

Subuh

Setiap hari bangun awai lah...tak kira sabtu atau ahad, mesti mata dah terbeliak pukul 530pagi.
Aku dah terbiasa macam ni... Dah 625pg, duduk di FD ni memang seronok, cuma takut sebab tempat ni tinggi sangat, tapi bab bab azan setiap hari dengaq... masuk maghrib je, lepas orang orang surau ahmad razali tu smyg mesti ada kuliah maghrib... kuat sangat speaker depa pasang... 80% orang islam di sini... mmg best, cuma agak crowded dgn kereta kereta yang di parking sana sini, mmg banyak keta kemek sana kemek sini...
tapi aku masih sedih lah sebab aku masih lagi tak dapat nak jaga smyg aku. patutnya b4 balik keja aku smyg asar dulu tapi aku tak buat... macam macam pikiaq, pikiaq pasai keta... takut lambat sgt balik kang keta tinggai sorg2 kat tpt parking free yg aku parking tu...
aku dapat satu spot parking free, aku terpaksa cari parking free sebab mahai sgt parking kat KL ni... Syukur rasa dapat tempat parking ni sbb aku dapat save kan duit aku RM200 setiap bulan...jadi dapat lah aku bagi kat mak dan pak aku duit lebih... lani bagi rm150 je tupun cash rm100 yang rm50 lagi bayaq duit astro depa.. kalu aku dapat save kan duit parking tu, dapat aku tambah duit poket depa rm200 + rm100 yang selalu bagi dapat le kat depa rm300 sebulan.
gaji aku kat TM ni sikit je, tak la banyak macam aku kat WD dan Hino dulu... tapi aku sentiasa doa agar Allah tunjukkan jalan pada aku tuk bagi rezeki lebih kat mak dan pak aku... Alhamdulillah dapat nampak spot parking free tu walaupun aku terpaksa jalan jauh... kemarin baru aku mula parking situ.. walaupun kancil tu buruk, tapi aku ttp syg kalu apa apa jadi kat kancil tu... dia tolong aku dan naimah banyak lah sangat...
Ya Allah... Alhamdulillah syukur...sebab dapat parking free... semoga niat aku ni dapat la disempurnakan...semoga dapat aku bagi duit lbih kat mak dan pak.. aku dah simpan duit RM10 semalam dalam beg laptop aku... tempat rasie hehehe... nanti bila dah cukup masanya nak bagi kat pak tu... aku nak bank in terus kat pak...hehehe
hepi sangat sempat dapat jalan ni...Alhamdulillah...
Semalam naimah bgtau, ada one of her friend nak beli rumah kat FD, bos dia pun macam nak sewa kat sini... nanti dapat lah depa p kerja sama sama, selamat lah aku.. kalau la betui depa tu mai dok sini... aku dapat p kerja ke TM sorang2...dapat aku p awai dan dapat aku ke tempat parking free kat TM tu... mmg ada cuma kena keluaq kerja awai lah... 645am kena gerak dan dalam 715 mcm tu sampai bleh parking kat tepi balai polis tu...FREEEEEEEEEEEEEEEEE... tak pun masuk je ke menara TM tapi tu kena lebih awai...
anyway, semoga banyak lagi lah option utk aku parking free ni, dapat jimat dapat bagi kat mak pak duit lebih...
kesian sangat, depa dah tak larat nak motong... kesian mak dan pak... terutama maak, pak dah tak sihat ni, dia kena p motong sorang2... aduhai... terukkah aku ni sebab biaqkan depa dua motong???
rasa bersalah.... lambat sungguh aku sedaq benda ni semua... kenapa lah Allah tak bagi aku sedaq semasa aku kat Penang dulu???
Adik aku mesti kata...ada hikmah ni knyah... ya lah... hikmah supaya knyah tak menyesai bila mak dan pak dah tadak nanti...huhu...
betapa rindu dan kasihnya aku kat depa... banyak sungguh dosa aku kat depa...
no words can describe the feeling inside me now.........

Wednesday, March 21, 2012

Alhamdulillah...bapak dah selamat menjalani pembedahan kecil kat leher dia... baru ja sat tadi call mak, pak baru ja keluaq dari ops room... dapat dgq sora dia, lain dari selalu hehe...
Syukur, diharap dia sembuh sepenuhnya...Aminnnnnnn
"dalam selautan kesedihan... ada setitik kegembiraan..."
kita kena senyum dgn segala dugaan... Ada orang yang lebih susah dan mencabar lagi kehidupan mereka...
bapak selamat adalah sejuta rahmat bagi kami sekeluarga...Alhamdulillah...
Semoga pak cepat sembuh...Aminnnnnnnnnnnn

Tuesday, March 20, 2012

Kuala Lumpur

"Kuala Lumpur...Kuala Lumpur...menyinari hidupku, kota yang penuh dengan cabaran..." lebih kurang tu lah bait bait lagu lama kisah ttg KL.. dah tak ingat sapa penyanyinya...
Sejak aku mai sini..KL... mmg perasaan takut aku menebal, bukan sebab aku takut aku akan gagal di sini, aku takut dgn riuh rendah masalah masalah yang selalu terbaca kat paper...
kes bunuh, rogol, simbah asid, ragut, orang dengki dan marah pastu simbah asid...seram sungguh...perkara yang ke2 aku takut, ialah tak dapat kerja... dalam umoq dah nak masuk 4 series ni, dok pikiaq gak ada ka orang nak amik aku kerja lagi???
tapi syukur...Allah tolong lagi...Alhamdulillah...
dari seorang yang malas nak semayang, aku teruih jadi orang yang menjaga semyg... tak pernah pernah dalam hidup aku...aku terasa sayang pada waktu smyg... lps satu waktu masuk satu waktu...sedaq2 aku berjaya cukupkan 5 waktu...yg bermula ikut cakap pak tuan... Zohor -->Asar -->Maghrib-->Isyak dan Subuh..
dari doa hindarkan dari segala malapetaka keburukan dan kejahatan di dunia ni sampai lah doa kepada mak dan pak serta family dan tak lupa utk Naimah.
kalu tak smyg la ni terasa tak syok sgt... kosong ja diri... tak confident langsung aku rasa kalu aku tinggai smyg...
sungguh keadaan rohani aku di KL telah merubah segala dalam diri aku... jasmani semakin hari semakin letih... semakin lesu dgn dugaan dugaan yang datang, tapi alhamdulillah berkat doa setiap kali lepas smyg, Allah permudahkan segala urusan aku...
aku berharap, orang terdekat dgn aku dapat la kebaikan yang aku tunjukkan ni...one day...
InsyaAllah...kita jangan berputus asa dgn rahmat Allah...
hidup di dunia ni penuh dgn tipu muslihat... kalu tak kena gaya jatuh la kita dari titian yang lurus...
Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berkat dari ahli rumah rasulullah...
disebabkan dengaq nasihat pak tuan jugaklah diri aku mula tergerak nak smyg, dia kata orang kita ni baloq nak smyg... dia siap pesan lagi, jgn lupa smyg...
InsyaAllah pak tuan... kami akan teruskan jaga smyg... jaga ahli keluarga pak tuan...
cakap pasai pak dan mak pulak... esok pagi2 depa akan ke spital. pak masuk wad, nak buang kelenjar kat tengkok dia, harap harap tak serius lah... takpa, aku dan adik beradik yang lain sentiasa doakan depa...2 org...tadi baru lepas call pak, siap pesan lagi suh call lagi esok...
kerap sungguh dia pesan kat kami suruh call kerap kerap...
Ya Allah sihatkan tubuh badan ibu dan bapak kami... panjangkanlah usia mereka dan sejahterakan lah hidup mereka...
Amin............

Monday, March 19, 2012

My niece, nephew and little cousin





me and my younger generation...
Semoga kasih sayang tak kan putus sehinnga mata terpejam...
Athirah, Syikin, Musa dan Aqil... No words can explain my love towards all of you!!!
Ya Allah, jadikanlah mereka orang orang berguna untuk keluarga dan bangsa...
Ada 2 orang lagi...akan menyusul...gambo belom ada...

Sunday, March 18, 2012

berkelana di KL

Sejak October 2011, aku datang ke KL.. dengan 1000 harapan dapat kerja baru. Setelah 17 tahun mengabdikan diri dgn bekerja di kilang Komag@WD, aku berpindah ke sini. Sewa rumah di Damansara Perdana RM700 huhu... tinggalkan rumah yang aku beli di Relau. Aku frust dgn segelintir makhluk Allah yang bongkak dan sombong.. Kafirun...itu je yang dpt aku katakan..
CUkuplah aku tanak ingat lagi semua kisah sedih dalam hidup professional aku hehe...
La ni aku kat KL, berkelana dengan Naimah... sahabat karib merangkap orang yang paling penting dalam hidup...
Sungguh besar dugaan aku bila mula menetap di sini, perasaan rindu pada Penang dan kampung halaman.. terutama pada family, mak dan bapak begitu tebal yang mana dulunya semasa duduk di Penang jarang aku rasakan betapa aku rindu dgn mak dan bapak.
Tetapi aku dekat dengan adik kesayangan aku Ijah, dia dah lama hidup di KL, dan Sha Alam.. dekat dengan Aqil, my cutest nephew dan dapat sorang lagi nephew yang begitu manja Imran... what a life!! hehe
Perasaan rindu aku terlalu tebal pada mak dan bapak, setiap kali solat, setiap kali tu lah aku sebak kenangkan depa dua orang...
hidup aku penuh dgn pengalaman yang tak best sejak kenal dunia, sejak itu le aku renggang dgn depa, aku tak pernah pikiaq ttg perasaan depa tetapi sehinggalah umur aku masuk 3 series (30-an) aku jadi brubah... lebih lembut aku rasa...lebih sentimental, lebih sayangkan mak dan bapak serta family..
Cuma kau tak tau nak tunjukkan kasih sayang aku terhadap depa... tapai mungkin Allah swt sayangkan aku, dia bagi aku kesedaran sebelum aku menyesal, terlalu banyak hikmah aku dapat sejak ada di KL ni...
Penghijrahan tahun baru islam, aku bermula kerja di KL, satu tempat tu yang aku kerja selama sebulan je lepas tu aku mula kerja di TM... a great place with lots of kinndness people that I never thought will be in TM..
aku bukan nak cerita kerja di TM, tapi nak ceritakan ttg mak dan bapak tapi aku tak tau mcmna nak luahkan di sini, aku aku tau...AKU RINDU MAK DAN BAPAK AKU SGT2... tak henti aku doakan depa dua org...la ni..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mak...pak... cek tak pernah ingat mak dan pak dulu...
tapi la ni cek dah berubah...
cek dah sedaq... betapa berharga dan mulianya mak dan pak..
sentiasa cuba menjaga hati cek walaupun cek tak pernah cuba menjga hati dan perasaan mak dan pak,
cek dah sedaq, cek hanya ada 1 mak dan 1 bapak saja di dunia ni...
cek rasa menyesai sangat sebab byk sakitkan hati mak dan pak...
cek sentiasa lebihkan orang luaq dari mak, pak dan family...
InsyaAllah, cek akan sentiasa doakan mak dan pak setiap hari setiap kali cek solat 5 waktu,
cek akan sentiasa jaga hati mak dan pak...
cek menyesai sgt dengan perbuatan cek dari dulu sampai la ni,
sebab selalu membelakangkan mak dan pak dalam segala hal,
MAAFKAN CEK MAK PAK!
AMPUNKAN SEGALA DOSA CEK!
TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PENGORBANAN MAK DAN PAK UNTUK KAMI ADIK BERADIK...
CEK AKAN SENTIASA JAGA DAN SAYANGKAN FAMILY KITA,
MAK DAN PAK JGN BIMBANG, CEK SENTIASA SAYANG ADIK ADIK DAN KAKAK WALAUPUN NANTI MAK DAN PAK TAK DAK LAGI KAT DUNIA NI,
ITU JANJI CEK...INSYAALLAH...
CEK AKAN JADI MANUSIA YANG SENTIASA BERBUAT BAIK KEPADA KELUARGA...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kepada adik adik dan kakak aku...
knyah sentiasa mengharap dan berdoa kalian bahagia di samping keluarga,
keluarga sendiri yang knyah takkan ada,
tapi knyah tau adik adik dan kakak akan sentiasa ada di sisi,
itu didikan dari mak dan pak kita...

Sunday 18-03-2012
17:12pm